alart

Sunday, 11 November 2012

Justin Bieber, Selena Gomez Sudah Berpisah!

Justin Bieber, Selena Gomez Sudah Berpisah!
LOS ANGELES, 12 NOV 2012: Selepas 2 tahun menjalinkan hubungan cinta, penyanyi Justin Bieber dan Selena Gomez akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah serta membawa haluan hidup masing-masing.

"Selena berpisah dengan Justin kira-kira 2 minggu yang lalu. Sebabnya ialah kerana mereka sudah tidak mahu mampu untuk menangani jadual kerjaya mereka yang sangat padat.

"Dan ia sesuatu yang sangat mencabar buat mereka. Seperkara lagi, Selena juga mempunyai masalah untuk meletakkan kepercayaanterhadap Justin. Sebelum ini pun, mereka telah beberapa kali berpisah tapi kemudian menyambung kembali hubungan mereka. Sekarang ini berpisah balik.

"Apapun, mereka masih muda. Buat masa ini mereka berpisah lagi, tapi siapa tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Mungkin mereka akan versama semula. Siapa tahu, selepas ini Selena akan mula rasa serius dengan Justin selepas ini," kata satu sumber memberitahu.

Bieber dan Gomez mula menjalainkan cinta pada November 2010. Pada awalnya, mereka menafikan hubungan mereka, namun selepas hubungan cinta mereka tersebar, Gomez telah diserang oleh die hard fans Bieber yang tidak dapat menerima hakikat bahawa dia adalah kekasih Bieber.

No comments:

Post a Comment